Wednesday, December 7, 2011

asal usul bahasa arab

ASAL USUL BAHASA ARAB

Sejarah telah melakarkan bahawa al-Quran bukan sahaja dihafaz di dada malah telah
ditulis oleh para sahabat demi untuk memastikan ianya terpelihara sepertimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Dalam Surah al-Hijr, ayat 9 yang bermaksud:
                                                               
                                                                      سُوۡرَةُ الحِجر

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ (٩)

“Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran, dan kami yang memelihara dan menjaganya.”

Nabi Adam a.s. Adalah manusia pertama yang mengetahui mengenai tulisan serta kaedah penulisan yang dikenali sebagai khat. Baginda dikatakan menulis tulisan bahasa Arab dan juga bahasa Suryani pada ketika 300 tahun sebelum baginda wafat.

Ibnu Faris di dalam kitabnya Fiqh al-Lughah menyatakan bahawa Nabi Adam a.s.
telah menulis di atas tanah liat serta membakarnya supaya keras. Selepas peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh a.s., manusia telah menjumpai kitab tersebut lalu mereka mula belajar menulis di atas batu.


Apabila Nabi Adam a.s. wafat, maka zuriat keturunan baginda mula merantau ke seluruh pelosok dunia. Penghijrahan ini merubah segala jenis pertuturan mereka selama ini dan menyebabkan bermulanya bahasa-bahasa asing di alam ini. Pendapat ini adalah yang masyhur.

Pendapat kedua dari Imam as-Sayuthi rahimahullah menyatakan bahawa Nabi Idris a.s. adalah pelopor utama tulisan Arab berdasarkan hujah daripada Kitab al-Masahif dengan sanad daripada Ka'ab al-Akhbar berkata: “Ibnu Faris meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. Pernah berkata: orang pertama yang menulis tulisan Arab ialah Nabi Ismail a.s. mengikut lafaz dan susunannya.”

Imam Ahmad bin Hambal pula berkata bahawa orang yang memulakan penulisan ialah Nabi Idris a.s. sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh beliau sendiri daripada Abu Dzar al-Ghifary bahawa Rasullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Orang pertama yang menulis menggunakan pensel ialah Nabi Idris a.s.”


Di antara ketiga-tiga pendapat ini, pendapat pertama adalah lebih tepat berdasarkan firman Allah s.w.t. Di dalam Surah al-Baqarah, ayat 31:

                                                     سُوۡرَةُ البَقَرَة

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٣١)




Dan Dia (Allah) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segla nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: “Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu dari golongan yang benar.”

Setelah baginda bertaubat sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-A'raf, ayat 23.

Al-Malik bin Habib juga menyokong pendapat ini dengan menyatakan bahawa bahasa asal yang dituturkan ole Nabi Adam a.s. ialah bahasa Arab yang merupakan bahasa syurga. Setelah berlalu beberapa tempoh yang agak lama maka lahirlah pula bahasa Suryani yang berasal dari negeri Suri di tanak Kepulauan Arab.

Bahasa Suryani ini merupakan bahasa pertuturan Nabi Nuh a.s. dan juga kaum baginda. Salah seorang pengikut baginda yang bernama Jurhum merupakan orang pertama dari kalangan mereka yang bertutur dalam bahasa Arab.

Apabila berakhirnya banjir besar,beliau mengahwinkan anak perempuannya dengan Iram bin Sam iaitu cucu Nabi Nuh a.s. Anak-anak hasil perkahwinan ini iaitu Aus Abu Aad, Abail, Jasir Abu Thamud dan Jadis telah bertutur menggunakan bahasa Arab. Hanya keturunan Arfakhsyaz bin Sam sahaja yang masih bertutur menggunakan bahasa Suryani.

menarikkan..meh baca...

No comments:

Post a Comment